Panduan dan Hukum Solat Hajat (3/7)

1,663
by admin, 11 years ago
144 26
Panduan dan Hukum Solat Hajat 3.Berkata Imam Abu Daud: Tidak berguna (istilah bermakna lemah/perawi lemah). 4.Berkata Imam Nasaii: Perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis. 5.Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadisnya dari Ibn Abi Aufa batil. 6.Berkata Imam al-Hakim: la meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-hadisnya adalah maudu' (palsu). 7.Berkata Ibn Hibban: Mungkarul hadis (hadis mungkar). 8.Berkata Imam Bukhari: Mungkarul hadis. Dan menurut jarah Imam Bukhari: Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya. (Lihat Mizanul Itidal. 1/6.) Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis. Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya. Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih.