Panduan dan Hukum Solat Hajat (2/7)

1,864
by admin, 10 years ago
114 11
Panduan dan Hukum Solat Hajat Menurut ulama hadis, hadis di atas ini sangat lemah (daif). la dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis di atas ini dari jalan Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf secara marfu'. Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa: Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadisnya. Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis). Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul Waruqa': 1.Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad) bahawa hadis ini termasuk "Matrukul hadis" orang yang ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya. 2.Berkata Imam Ibnu Ma'in: Dhaif dan bukan orang yang siqah (tidak dipercayai). Ahlus sunnah wal jamaah