Akidah Syeikh Abd Qadir Al-Jailani (4/6)

1,763
by admin, 11 years ago
108 44
Sifat Istiwa' (bersemayam di atas 'Arsy) Syeikh mengatakan di dalam al Ghunyah hal. 73: Wajib hukumnya untuk memutlakkan Sifat Istiwa' (bersemayamnya Allah di atas 'Arsy) "bagi Allah, tanpa takwil, dengan meyakini bahawa Zat Allah bersemayam di atas 'Arsy, dan bukan dengan makna duduk dan mumarasah (kebiasaan), sebagaimana yang telah diucapkan oleh kaum Mujassimah (mereka yang telah mensifati Allah dengan jism/tubuh.) dan Karamiyah, dan juga bukan dengan makna ketinggian Martabat ('uluw war rifah) sebagaimana yang difahami oleh kaum Asyariah, dan juga bukan dengan makna istila' (penguasaan) dan ghalabah (mengalahkan yang lain), sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Muktazilah, kerana tidak ada dalil yang menunjukkan kepada semua arti tersebut. Dan juga tidak pernah dinukil dari keterangan para Sahabat dan Tabi'in dari kalangan Salafush Soleh, dari para ulama Ash-habul Hadits, bahkan sebaliknya bahawa yang telah dinukil keterangannya dari Salafush Soleh dan para ulama Hadits itu adalah bahawa mereka memahami ayat-ayat dan hadits-hadits Sifat secara mutlak (apa adanya, tanpa takwil dan ta'thil).