Tarikat Sufi/Tasawuf (5/5)

2,503
by admin, 10 years ago
165 20
Syeikhul Islam Muhaiddin an-Nawawi as-Syafie rahimahullah di dalam kitabnya yang berjudul "Ar Raddatul ar Raudah": وَمَنْ يَدِيْنُ بِهَذَا فَهُوِ زِنْدِيْق ، اَوْ بِتَعْبِيْرٍ اَدَق : صُوْفِىفَالصُّوْفِيَّةُ مُرَادِفَةٌ لِكُلِّ مَا يُنَاقِضُ اْلاِيْمَان الْحَقّ. "Sesiapa yang beragama (menganut agama) sufi-tasawuf (yang dipelopori oleh al Hallaj) maka dia adalah zindik, atau dengan ibarat yang lebih jelas : Dia sufis, maka penganut sufi (seperti ini) samalah seperti seseorang yang menentang keimanan". (Burhannuddin al-Baqii,pمصرع التصوف,31) Imam Syafie rahimahullah pernah memperkatakan tentang kebodohan sufi/tasawuf: اَلتَّصَوُّفُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْكَسَلِ ، وَلَوْ تَصَوََّفَ رَجُلٌ اَوَّل النَّهَارِ لَمْ يَاْتِ الظُّهْر اِلاَّ وَهُوَ اَحْمَق. "Tasawuf dibina dia atas kemalasan, jika sekiranya seorang lelaki menganut tasawuf di pagi hari, tidak akan sempai ke Zohor dia akan jadi seorang yang biul/goblok". (Lihat: مصرع التصوف او تنبيه الغبى الى تكفير ابن عربي Bahruddin al-Baihaqi. Tahqia Abdulrahman al-Wakil.) Dizaman Hasan Basri rahimahullah (21H) lahir seorang yang mula-mula digelar sufi yang pertama, iaitu Abu Hasyim al-Kufi berasal dari Kufah. Dia banyak melahirkan kata-kata yang anih, pelik dan bertentangan dengan naluri manusia dan syara. Dan Imam Syafie rahimahullah terlalu benci terhadap keekstriman, keradikalan dan kezindikan Sufi/tasawuf, beliau berkata: "Saya meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik (sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut dengan tahlilan". (Lihat: تلبيس ابليس hlm. 370. Ibn Jauzi.) Amalan Sufi/tasawuf dianggap oleh Imam Syafie sebagai amalan yang fasik dan beliau banyak memperkatakan tentang penyelewengan kaum sufi/tasawuf, antaranya beliau pernah berkata: "Tiada yang sanggup melakukan amalan itu (sufi/tasawuf dan tahlilan) kecuali orang yang fasik" (Lihat: حقيقةالتصوف وموقف الصوفية من اصول العبادة والدين Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan.) Menurut kekarutan Ibnu Arabi lagi di dalam teori wahdatul wujudnya: "Allah itu adalah segala-galanya, tidak ada sesuatu kecuali semuanya itu adalah Allah, oleh kerana itu apa sahaja yang disembah adalah Allah, sama ada berbentuk berhala, patung dan sebagainya kerana itu semua adalah hakikat Allah". (Lihat: مصرع التصوف. Hlm. 49-50. Burhanuddin al-Baihaqi.) Abu Yazid al-Bustami pula adalah orang sufi pertama yang mempunyai fahaman ittihad dan menyebar-luaskan ajaran ini. Antara kata-kata beliau yang ditentang oleh ulama akidah ialah: اِنِّيْ اَنَا اللهُ لاَ اِلَهَ اَلاَّ اَنَا...