Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf (4/5)

2,161
by admin, 10 years ago
218 28
wahhabi tarikat??Zuhud juga bukanlah satu ajaran yang menekankan supaya sentiasa mencari-cari Allah, kerana orang-orang yang zuhud sudah tahu di mana Allah berada melalui ilmu dan keimanannya terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah mengkhabarkan di mana Allah berada. Antara ayat penerangan yang dimaksudkan ialah ayat di bawah ini: اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى. "Dialah (Allah) yang bersifat Amat Pemurah, bersemayam di atas 'Arsy". TAHA, 20:5. Imam Malik rahimahullah telah menjelaskan tentang "Arsy Allah" dan "Istiwa" yang disebutkan oleh ayat di atas iaitu: "A1-Istiwa itu maklum, caranya tidak diketahui (majhul), beriman dengannya wajib dan mempersoalkannya (bertanya tentangnya) adalah bid'ah". (Al-Baihaqi, (اصول الاعتقاد), hlm. 166. & Ibn Taimiyah, Fatawa, jld. 5, 365) Dalam sebuah hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bertanya kepada seorang budak perempuan: فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيْنَ اللهُ؟ قَالَتْ : فِى السَّمَاءِ . قَالَ : مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ الله . قَالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ. "Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pernah bertanya kepada seorang hamba perempuan: Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya lagi: Siapa aku? Dia menjawab: Engkau adalah Rasulullah. Setelah itu Rasulullah bersabda: Merdekakanlah dia kerana dia seorang yang beriman". (H/R Muslim, 836, al-Masajid wa Maudu'us as-Solah. An-Nasaii, (1203), Kitab as-Sahwum. Abu Daud (795), as-Solah.) Orang-orang sufi/tasawuf berusaha mencari Allah di dunia. Ada yang mendakwa telah melihat Allah dengan kedua biji matanya dan ada pula yang mengakui bersatu dengan Allah. Dakwaan ini adalah dakwaan yang bohong dan terlalu keji. Ada pula yang mengakui dirinya sebagai tuhan dengan beralasan melalui teori hulul atau hululiah (الحلول او الحلولية). Khurafat ini telah disuarakan oleh Al-Bustami: طلبت الله ستين سنة ، فاذا انا هو. "Aku mencari-cari Allah selama enam puluh tahun, tiba-tiba aku dapati akulah dia (Allah). ( البدء والتاريخ , jld. 5. p. 91) Oleh kerana keasyikan penganut sufi/tasawuf mencari Allah yang berpandukan kepada akal fikiran (hawa nafsu), mereka mudah menganggap sesuatu yang aneh dan kelihatan baik sebagai tuhan lalu disembah (sujud padanya): وَاِذَا رَاَوْا صُوْرَةً حَسَنَةً خَرُّوْا لَهُ سَجُّدًا ، وَكَثِيْرٌ مِنْ اَهْلِ الْهِنْدِ يَفْعَلُوْنَ هَذَا. "Apabila mereka melihat sesuatu yang dirasakan baik, mereka segera sujud kepadanya. Sebagaimana kebanyakan penganut Hindu melakukan seperti ini". ( البدء والتاريخ , jld. 5. p. 91) Orang-orang yang zuhud tidak mencari-cari Allah kerana mereka tahu di mana Allah. Mereka menjadikan...