Hukum Babi Menurut Syarak (1/6)

1,593
by admin, 10 years ago
108 46
Perempuan tudung pegang babi jadi polemik? Adakah memegang babi atau kesan daging babi yang terkena anggota badan atau bangunan perlu disamak? Khinzir atau babi adalah jelas haram hukumnya untuk dimakan tanpa khilaf di kalangan ulama. Namun penggunaan campuran unsur atau elemen khinzir (seperti gelatin babi) telah berleluasa digunakan sebagai campuran pada berbagai-bagai barangan termasuk pada pakaian, jenis-jenis sabun cuci termasuklah sabun pencuci pakaian dan sabun mandi, ubat-ubatan, kegunaan alat-alat pejabat dan sekolah (alat tulis), berus gigi, ubat gigi, berus cat sehinggalah di dalam produksi makanan dan berbagai-bagai lagi peralatan dan keperluan lainnya. Apakah peralatan itu boleh digunakan kerana sebahagian orang Islam menganggapnya (menghukum) najis berat (mughaladzah) sehingga ada mazhab yang mengharamkan bagi kaum muslimin menyentuhnya. Masalahnya, orang-orang Islam adalah antara pengguna yang teramai yang tidak dapat mengelak daripada menggunakan alat-alat atau benda-benda yang melibatkan unsur babi atau khinzir, sehingga terpaksa digunakan di dalam masjid-masjid dan di rumah-rumah. Apakah perlu disertu iaitu dicuci tujuh kali satu darinya dengan tanah? Kalau cucian seperti itu wajib, pasti ia amat menyulitkan sedangkan Islam adalah agama yang paling mudah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla dan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS: Al-Baqarah, 2:286) "Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam pernah bersabda: Permudahkan dan jangan dipersulitkan, tenangkan dan jangan menakut-nakutkan." (H/R Muslim, 3264) قال ‏ ‏بشروا ولا تنفروا ويسروا ولا تعسروا "Sampaikanlah khabar gembira dan jangan menakut-nakutkan. Permudahkanlah dan jangan mempersulitkan." (H/R Muslim, 3262) اَلدِّيْنُ يُسْرٌ "Agama (Islam) itu mudah." (Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari 1/116)