Hukum Babi Menurut Syarak (2/6)

1,331
by admin, 10 years ago
152 35
AL-QURAN MEMPERKATAKAN TENTANG BABI "Diharamkan bagi kamu (memakan) bangkai, darah dan daging babi." (QS: Al-Maidah, 5:3) "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atas kamu (memakan) bangkai, darah dan daging babi." (QS: An-Nahl, 16:115) "Katakanlah!: Tidaklah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu adalah kotor, atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah." (QS: Al-Anam, 6:145) "Katakanlah!: Tidaklah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu adalah kotor, atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah." (QS: Al-Anam, 6:145) Semua dalil-dalil al-Quran di atas menunjukkan haramnya bangkai, darah yang mengalir dan daging babi, semuanya itu tidak pernah dihalalkan untuk dimakan. Dan juga amat jelas menunjukkan bahawa bangkai, darah dan daging babi atau apa sahaja dari unsur babi adalah hukumnya haram dimakan kerana semua benda-benda tersebut rijs (keji, najis atau kotor). Persoalannya, apakah makna dan maksud rijs pada ayat-ayat di atas ini dan di ayat-ayat yang lain yang diulang-ulang sehingga sepuluh kali? Ada yang memberi makna atau memaksudkan sebagai najis berat yang wajib disertu iaitu dicuci tujuh kali dan satu daripadanya dengan tanah dan ada pula yang hanya bermakna kotor dan keji yang haram dimakan? "Telah dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua darah. Adapun dua bangkai ialah ikan dan belalang. Sedangkan dua darah ialah limpa dan hati." (Lihat Shahihul Jamius Shaghir no: 210 dan ash-Shahihah no: 1118).