Hukum Muzik, Nyanyian dan Nasyid (Senandung Syaitan) (6/9)

1,553
by admin, 10 years ago
113 26
Menjadi Kera dan Babi Lantaran Senandung Syaitan ------------------------------------------------------------------------ Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: "Sesungguhnya nyanyian itu boleh menumbuhkan kemunafikan di dalam hati sebagaimana air menumbuhkan tanaman. Sementara zikir itu boleh menumbuhkan keimanan di dalam hati sebagaimana air menumbuhkan tanaman" (Lihat: Tahrim Alat at-Tharab, Al-Albani, dan Qadrish Solah 11/151 dengan sanad yang baik.) 8. Berkata Qadi al-Qudhaat Abu Yusuf Yakub bin Ibrahim rahimahullah (sahabat Abu Hanifah) tentang Ahli Zimmah: "Mereka diharamkan dari memainkan seruling, memetik kecapi, menyanyi, memalu kompang dan gendang" (Lihat: Siyar Alam An-Nubala hlm. 491) 9. Ahmad bin Muhammad Abul Haris As-Shaigh berkata: Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad: "Sesungguhnya lagu (nyanyian) itu boleh melunakkan hati. Beliau berkata: Ia tetap bidah. Beliau membenci lagu (nyanyian) dan melarang dari mendengarkannya" (Lihat: Siyar Alam An-Nubala hlm. 491) Lagu-lagu dan nyanyian dipenuhi dengan kata-kata sia-sia, kebohongan dan ada kalanya lucah, asmara, cinta berahi dan dusta terhadap Allah. Allah telah mengharamkan semuanya itu dan Dia berfirman: "Dan jauhilah perkataan-perkataan dusta" (QS: Al-Hajj, 30) 10. Abdullah bin Daud bin Amir al-Hamdani Abu Abdurrahman al-Khureibi (213H) berkata: "Menurutku orang yang mendendangkan nyanyian (lagu) sepatutnya disebat" (Lihat: Tazkiratul Huffaz (1/337). Thabaqat al-Huffaz hlm. 116. As-Suyuti.) 11. Imam asy-Syafie rahimahullah berkata: "Sebenarnya alat-alat muzik itu direka-cipta oleh orang-orang zindik" (Lihat:Talbisul Iblis, hlm. 318.) 12. Berkata Abdullah bin Abbas radiallahuanhu: "Rebana itu haram, alat-alat muzik itu haram, gendang itu haram dan seruling itu haram." (Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi (222))