Hukum Muzik, Nyanyian dan Nasyid (Senandung Syaitan) (8/9)

1,708
by admin, 10 years ago
91 21
Menjadi Kera dan Babi Lantaran Senandung Syaitan ------------------------------------------------------------------------ "Akan terjadi pada umatku kelak pengubahan bentuk mereka dan pembenaman tempat tinggal mereka (tertimbus atau ditelan bumi). Mereka bertanya, wahai Rasulullah bilakah itu akan terjadi? Baginda menjawab: Apabila alat-alat muzik dan para penyanyi telah menguasai masyarakat dan banyak orang yang minum minuman yang memabukkan" (H/R At-Tirmizi) "Pada umat ini akan terjadi tanah lungsur, perubahan bentuk muka dan rusuhan. Maka seorang dari kaum muslimin bertanya: Wahai Rasulullah bilakah terjadinya hal itu? Baginda menjawab: Apabila di sana-sini telah ramai para penyanyi, alat-alat muzik dan khamar menjadi minuman" (H/R Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani, lihat: sahih al-Jami as-Saghir) "Pada suatu masa akan ada kaum yang akan dirubah bentuk mereka, sementara mereka masih berada di atas tempat rehat mereka, mereka menjadi kera dan babi kerana mereka minum minuman keras dan memainkan seruling dan mendatangkan penyanyi" (H/R Ibnu Abi Dunya, Ibnu Abi Asakir dan Tarikh Dimasyq) "Akan terjadi di akhir zaman pada umatku fitnah, pembenaman dan merubah bentuk. Para sahabat bertanya: Mengapa terjadi demikian wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana mereka mengundang penyanyi dan minum minuman yang memabukkan (arak)" (Hadis dikeluarkan oleh Ibn Asakir, At-Tabrani) NYANYIAN YANG DIBOLEHKAN 1. Nyanyian hari raya. Aisyah meriwayatkan sebagai berikut: "Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam masuk menemui Aisyah. Di dekatnya ada dua orang gadis yang sedang memukul terbang. Dalam riwayat lain dikatakan: di dekat saya ada dua orang gadis yang sedang menyanyi. Lalu Abu Bakar membentak mereka, maka Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: biarkan mereka kerana setiap kaum mempunyai Hari Raya dan Hari Raya kita adalah hari ini." (HR. Bukhari). 2. Nyanyian yang diiringi duff pada waktu perkahwinan dengan maksud memeriahkan atau mengumumkan akad nikah dan mendorong orang untuk nikah. Itu hanya sebentar sahaja dan oleh budak jariah. Sabda Nabi : "Yang membedakan antara halal dan haram adalah memukul duf dan nyanyian waktu nikah." (HR. Ahmad)