Menjadi Kera dan Babi (Senandung Syaitan) (9/9)

1,298
by admin, 11 years ago
109 16
Menjadi Kera dan Babi Lantaran Senandung Syaitan ------------------------------------------------------------------------ http://www.scribd.com/doc/4689302/Menjadi-Kera-dan-Babi-Lantaran-Senandung-Syaitan-Hukum-Muzik-Lagu-Nyanyian-dan-Nasyid "Akan terjadi di akhir zaman tanah lungsur, kerusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya: Bilakah hal tersebut berlaku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apabila telah berleluasa bunyi-bunyian muzik dan ramainya para penyanyi wanita" (H/R Ibnu Majah, At-Tabrani, Lihat: Al-Jami as-Saghir) "DILAKNAT SI PENYANYI DAN YANG MENDENGARKAN NYANYIAN" (H/R Ibn Hibban dan disahihkan olehnya) ADA YANG MENGHALALKAN MUZIK Ada sebahagian mereka yang menghalalkan muzik dan lagu (nyanyian) berpandukan hadis dari Al-Imam al-Hafiz al-Allamah al-Faqih Syeikh Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Harun bin Yazid al-Baghdadi al-Khallal berkata: Ahmad bin al-Faraj al-Hims menceritakan kepadaku dari Yahya bin Said dari Abu Uqail dari Buhayyah dari Aisyah radiallahu anha ia berkata: Dahulu ada seorang gadis yatim dari suku Ansar di rumahku, lalu kami nikahkan ia dengan seorang pemuda dari suku Ansar. Saya termasuk salah seorang pengiring yang menghantarnya ke rumah calon suaminya. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Wahai Aisyah, sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang menyukai keramaian, ada (apa-apa ucapan) yang kamu katakan (semasa menyambut keramaian)? Aisyah berkata: Kami mendoakan keberkahan bagi kedua mempelai kemudian pulang. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Mengapa tidak kamu katakan: Kami datang, kami datang, ucapkanlah selamat kepada kami, kami akan ucapkan selamat kepada kamu, kalaulah kalau tidak dikeranakan emas permata, tidaklah halal bagi kami sahara kalian, kalaulah bukan kerana kurma yang ranum, tidaklah kenyang gadis-gadis kamu (H/R Ahmad dalam Musnad (3/391). Al-Baihaqi dalam Sunanul Kubra (289). Ibn Majah (1900). Hadis ini dinyatakan lemah oleh Al-Albani dalam Dhaif Sunan Ibn Majah, tetapi dihasankan di dalam Irwaul Ghalil (1995)) Menjadikan hadis ini sebagai hujah untuk menghalalkan perkara keji iaitu lagu, nyanyian dan muzik, maka ia adalah bertentangan dengan hukum syarak. Hadis ini bukan memperkatakan tentang nyanyian malah yang jelas nyanyian itu dianggap keji dan dosa.