Panduan Solat Istikharah (3/5)

1,340
by admin, 10 years ago
138 18
Yang paling banyak dilakukan oleh masyarakat Jahiliyah untuk menentukan sesuatu ialah melalui perdukunan, mentera dan meramal nasib. Cara-cara seperti ini digunakan untuk mengetahui antara nasib baik dan nasib buruk, untuk menentukan antara yang diperintahkan dan yang dilarang, untuk meneruskan pekerjaan atau membatalkan, contohnya ketika ingin melakukan safar (berpergian jauh), memulakan perniagaan, untuk mengetahui apakah nanti akan menang atau kalah di dalam peperangan, untuk memperolehi air, untuk mengetahui asal usul keturunan, memilih calon pasangan hidup dan segala urusan kehidupan yang lainnya. Setelah datangnya Islam, Allah menghapuskan semua sarana-sarana syirik tersebut dan menggantikannya dengan solat istikharah. Syariat Islam menegaskan bahawa hal-hal seperti itu merupakan benih-benih kesyirikan. Selanjutnya Allah 'Azza wa-Jalla menggantikan semua permohonan dengan istikharah syarii bagi kaum Muslimin. Iaitu melalui solat dua rakaat dan doa. Cara seperti ini merupakan benih tauhid, kebahagiaan, taufik dan menyerahkan segala urusan kepada Allah yang Maha Mengetahui segala persoalan, Tuhan yang hanya Dia yang boleh mendatangkan kebaikan melalui solat dan doa untuk menjauhkan keburukan. Hukum sembahyang Istikharah menurut ahli sunnah wal jamaah yang bermanhaj salaf. Panduan Solat Istikharah