Panduan Solat Istikharah (2/5)

1,167
by admin, 10 years ago
84 13
Solat istikharah adalah pengganti amalan syirik dan tradisi bangsa Arab pada masa jahiliyah yang meminta bantuan dukun, pawang, peramal nasib dengan menggunakan bintang, bertataiyur (meramal sial dengan burung), mengundi nasib dengan undian azlan dan sebagainya. Kata azlan disebut juga sebagai: Qidaah atau disebut siham yang bermaksud belahan-belahan kayu yang keras yang telah dihaluskan. Kayu-kayu qidaah atau siham itu ada tiga jenis: A. Ditulis pada kayu tersebut: "Lakukanlah". B. Ditulis pada kayu tersebut: "Jangan lakukan ". C. Tidak tertulis apa-apa perkataan. Kayu-kayu yang tertulis dan tidak tertulis itu memiliki banyak bentuk. Kayu-kayu tersebut diagungkan dengan menggantungkannya di patung-patung atau berhala-berhala. Hukum sembahyang Istikharah menurut ahli sunnah wal jamaah yang bermanhaj salaf.