Manhaj Salaf Akidah Salaf (3/8)

1,449
by admin, 10 years ago
179 28
SIAPA SALAFI? ----------------------  Al-Hafiz Az-Zahabi rahimahullah berkata: Abu Bakar as-Sarkhasi meriwayatkan dari Abil Fityan ar-Rawasi bahawa: "As-Salafi adalah orang-orang yang berada di atas mazhab (manhaj) salaf." [1] As-San'ani rahimahullah berkata: "Salafi adalah penyandaran (penisbatan) kepada salaf dan menganut manhaj (mazhab) mereka." [2]   Dengan ini dikatakan, sesiapa yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh dia dinamakan salafi. Jamaknya Salafiyun atau Salafiyin.   Manhaj salafi adalah manhaj orang-orang Salafi yang berpegang kepada al-Kitab dan as-Sunnah serta meninggalkan bid'ah. Kerana Rasulullah berwasiat agar mengikuti Manhaj Salaf dan bukannya Ahli Bid'ah. Semasa berwasiat, kesungguhan tergambar di wajah baginda sehingga merubah suasana, menggegarkan hati dan mengalirkan air mata para sahabat.   Ini menunjukkan peri pentingnya kembali kepada sunnah yang menjadi dasar manhaj Salaf. "Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan.  Kami berkata:  Wahai Rasulullah!  Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami.  Baginda  bersabda:  Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk.  Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham.  Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat". [3]   Antara contoh seorang Salafi ialah penamaan al-Hafiz az-Zahabi terhadap Imam Daruquthi: "Orang ini (Daruquthni) tidak pernah melibatkan diri dalam ilmu kalam dan perdebatan selama-lamanya, tidak pernah mendalaminya walaupun dia seorang Salafi." [4] MENGENALI MANHAJ SALAF --------------------------------------------   Untuk mengenal manhaj para Salaf as-Soleh dalam memahami agama Islam dapat diringkaskan kepada beberapa bahagian:   Pertama: Manhaj Salaf as-Soleh ini dikenali juga dengan istilah manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah.  Manhaj ini hanya memberi penumpuan kepada dalil-dalil dari al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah secara langsung kerana tidak terdapat masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan ayat al-Quran atau hadis yang sahih atau melalui kedua-duanya sekali. Pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf-Soleh amat berbeza dengan manhaj sufi falsafi, Muktazilah dan ahli kalam dari golongan Asy'ariyah, Maturidiyah dan firqah-firqah yang seumpamanya, kerana golongan Salafi (yang bermanhaj Salaf as-Soleh) lebih mementingkan al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat radhiallahu 'anhum. Golongan ini (sufi falsafi, Muktazilah, ahli kalam, Asya'rah, al-Maturidiyah dan firqah yang seumpama mereka) hanya menerima apa yang sesuai dengan akal fikiran mereka, kalau terdapat dalil yang bertentangan dengan akal fikiran mereka nescaya mereka tolak walaupun merupakan hadis yang sahih.  Itulah sebabnya mereka digelar 'Aklaniyun (عَقْلاَنِيُّوْن) "Penyembah Atau Pemuja Akal" atau digelar juga sebagai ahlu al-ahwa (اَهْلُ الاَهْوَاء) "Penyembah atau Pemuja Hawa Nafsu".   Kedua: Manhaj Salaf as-Soleh hanya menggunakan istilah-istilah dari syara (اَلشَّرْعِيَّةُ)  apabila menyatakan atau menjelaskan persoalan akidah sama ada untuk menerangkan atau membantah mereka yang khilaf.   Ketiga: Manhaj Salaf as-Soleh amat kurang menggunakan pentakrifan dalam persoalan akidah, tetapi diberi ruang seluas-luasnya di segi fikhiyah atau muamalah.   Keempat: Membentangkan persoalan akidah dengan uslub (kaedah/metodologi) bahasa yang mudah sehingga hampir tidak ada perkara yang tersembunyi.   Kelima: Menyelesaikan setiap persoalan dengan contoh yang sederhana, dengan kalimah yang ringkas dan mudah yang dirujukkan kepada al-Quran dan as-Sunnah (hadis-hadis sahih).   Keenam: Memuliakan dan mematuhi setiap nas-nas yang warid (yang terdapat dan diambil) dari al-Quran atau as-Sunnah dan tidak keluar dari makna al-Quran yang difahami oleh Bangsa Arab (Bahasa Arab asli/tulin).  Dan tidak akan lari dari makna al-Quran menurut Bahasa Arab kerana hanya Bangsa Arab yang benar-benar memahami bahasa mereka dan dalil-dalil yang qat'ei (قطعي) dari al-Quran, al-hadis dan athar sahabat yang semuanya...