Manhaj Salaf Akidah Salaf (6/8)

1,370
by admin, 11 years ago
131 26
Walaupun al-Jamaah adalah nama sebenar bagi ASWJ, tetapi antara nama-nama lain yang diberikan ialah: 1.  Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar Ibn Qaiyim rahimahullah: "Setiap individu telah mengetahui bahawa Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Mubarak:  Aku dapati agama berada pada ahli hadis percekcokkan pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidah dan banyak berhelah pada Ahli ar-Rakii". [1] 2.   Firqah an-Najiah (Firqah al-Mansurah) atau At-Taifah an-Najiah (at-Taifah al-Mansurah): Ibn Taimiyah: "Apa yang dikatakan Firqah an-Najiah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam.  Ia adalah syiar Ahli sunnah.  Dinamakan Firqah an-Najiah kerana mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah". [2] 3.   Ahli Ittiba' Dinamakan Ahli Ittiba' kerana sentiasa berittiba' (mengikuti/mematuhi/mentaati) al-Quran, as-Sunnah Rasulullah sallallhu 'alaihi wa-sallam serta athar para sahabat radiallahu 'anhum yang sahih. "Katakanlah:  jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ". (Q.S; Ali-Imran: 31). "Sentiasa ada sekelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang keputusan Allah." [3] 4.   Al Guraba'  (الغرباء) "Golongan yang aneh, asing, luar biasa, dagang atau sedikit" "Islam itu bermula dengan keadaan aneh (asing/luar biasa) maka akan kembali menjadi aneh (asing/luar biasa) maka berbahagialah orang yang asing itu". [4] "Keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang saleh di lingkungan orang banyak yang berperangai buruk, orang yang mendurhakainya lebih banyak daripada orang yang mentaatinya." [5] "Dinukil dari Sufyian ath-Thauri beliau berkata:  Berwasiatlah kamu kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana mereka guraba". Golongan yang paling tepat dinamakan al-Jamaah atau Ahli Sunnah wal-Jamaah, Firqah an-Najiah atau nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah, maka mereka ialah para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik, terutama kalangan ulamak mujtahid yang berpegang kepada manhaj al-Kitab dan as-Sunnah. [6] Ibn Abbas apabila beliau menafsirkian Firman Allah: [7] "Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram".  (QS. Ali Imran, 3:106) Menurut Ibn Abbas radiallahu 'anhu:  "Adapun orang yang putih berseri-seri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah Ahli bid'ah atau orang yang sesat". [8] Orang yang paling berhak dan layak digelar ASWJ ialah sesiapa sahaja yang berpegang teguh (ittiba') kepada  manhaj para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin yang diistilahkan sebagai "Manhaj Salaf As-Soleh". Oleh itu, sesiapa yang tidak berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh adalah golongan yang berpecah (terkeluar) dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: "Telah terpecah belah Yahudi menjadi tujuh puluh satu firqah (golongan), satu firqah masuk ke dalam syurga dan yang tujuh puluh firqah masuk neraka. Dan telah terpecah belah Nashrani menjadi tujuh puluh dua firqah, tujuh puluh satu firqah masuk neraka dan satu firqah masuk ke dalam syurga. Dan demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, umatku akan terpecah belah menjadi tujuh puluh tiga firqah, satu firqah akan masuk ke dalam syurga dan yang tujuh puluh dua firqah akan masuk ke dalam neraka. Baginda ditanya:  "Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah?"  Rasulullah menjawab: "Al-Jama'ah". [9] Rasulullah yang menyatakan bahawa dari tujuh puluh tiga golongan tersebut hanya satu yang selamat iaitu Al-Jama'ah (كلها في النار إلا واحدة): "Semuanya di dalam neraka kecuali satu". Dan diterangkan oleh beliau bahawa mereka adalah siapa saja yang bersama beliau dan para shahabatnya: ما أنا عليه وأصحابي Dan dari Abdullah bin Amr, Rasulullah bersabda: "Akan terpecah belah umatku atas tujuh puluh tiga milah (golongan), seluruh-nya akan masuk neraka kecuali satu milah yakni apa yang aku dan para shahabatku berada di atasnya. [10] "(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku sekarang dan para sahabatku". [11] [1]   Bahaya Taqlid Buta & Ta'sub Mazhab.  Hlm.  81.  Rasul Dahri. [2]   منهاج السنة...