Manhaj Salaf Akidah Salaf (7/8)

2,310
by admin, 10 years ago
200 53
Wajib bagi setiap mukmin menjadikan akidah dan amalannya seperti yang diyakini dan dicontohkan oleh para Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj salaf, iaitu manhaj yang diikuti oleh para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan baik.  Firman Allah: "Dan hendaklah kamu bersama orang-orang siddiqin (benar)". (QS. At-Taha, 20:119) Orang-orang utama yang telah mendapat gelaran dan penghormatan sebagai syuhada', solehin dan siddiqin ialah para sahabat, maka untuk digolongkan sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah yang diterima oleh syara, sewajarnya seseorang itu memenuhi pensyaratan yang ditetapkan oleh hujjah-hujjah di atas, iaitu kembali kepada manhaj yang diterima oleh Rasulullah yang telah dipegang dan diamalkan oleh para sahabat.   Caranya hanya dengan mengikuti, kembali dan mentaati al-Quran, as-sunnah atau wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. "Dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu".  (Luqman, 31:15) Mereka yang benar-benar mengikuti jalan Allah Suhanahu wa-Ta'ala tentulah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda kerana mereka sentiasa mematuhi firman Allah: "Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya.  Amat sedikit dari kamu mengambil pelajaran (daripadanya)".  (Al-'Araf, 7:3) "Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kamahuan hawa nafsunya.  Ucapannya itu tiada lain hanya wahyu yang dibawakan (kepadanya)". (An-Najm, 53:3-4) "Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan.  Kami berkata:  Wahai Rasulullah!  Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami.  Baginda  bersabda:  Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.  Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk.  Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham.  Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat". [1] MANHAJ AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH ----------------------------- Sesiapa yang tidak berpegang dengan sunnah maka dia tidak boleh dinamakan sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah. Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah hanya layak disandang oleh mereka yang benar-benar berjalan di atas landasan (صراط) yang dilalui oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah yang telah dicontohkan oleh para Salaf as-Soleh dan mereka yang mengikut jalan (manhaj) Salaf a-Soleh dengan baik. Allah berfirman: "Dan bahawasanya (Yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain). Kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.  Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa".  (Al-An'am, 6:153) "Dari Abdullah bin Masoud radiallahu 'anhu  berkata:  Pada suatu ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda:  Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda:  Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada satu syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut.  Kemudian baginda membacakan ayat:  Sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus maka ikutilah jalan tersebut dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang banyak itu) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.  Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa". [2] KEMBALI  KEPADA AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH -------------------------------------- Kembali kepada Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah tuntutan syarak. Pengistilahan Ahli Sunnah wa-Jamaah diberikan kepada sesiapa sahaja yang berpegang kuat dengan sunnah yang telah dicontohkan (digariskan) oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam kemudian meninggalkan bid'ah (tidak melakukan/tidak menambah) apa yang tidak diperintahkan.  Inilah peraturan, cara atau manhaj yang telah ditetapkan oleh syarak sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat berikut: "Barangsiapa yang meninggalkan sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku"[3] "Setiap perkara yang bukan atas perintah kami maka ia tertolak". [4] ------------------------- [1]  H/R Ahmad, Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah [2]  H/R Ahmad di "Musnad"  Jld. 1.  Hlm.  435.  Al-Hakim di "al-Mustadrak" Jld. 2. Hlm. 318. Ibn Abi 'Asim (17) di...