Manhaj Salaf Akidah Salaf (8/8)

1,176
by admin, 10 years ago
122 19
Imam Syafie sentiasa mengajak orang-orang yang beriman agar kembali kepada manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, iaitu dengan kembali kepada manhaj hadis yang diwarisi dari para sahabat. Berkata Imam Syafie: - "Al-Hadis adalah mazhabku maka apabila ada yang menyalahi (bertentangan) dengan hadis, maka lemparkanlah oleh kamu (kata-kataku) ke tembok". [1] - "Setiap apa yang telah aku katakan dan ada perkataanku itu yang bertentangan dengan (hadis) yang sahih, maka hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah lebih diutamakan dan janganlah kamu sekalian bertaqlid denganku". [2] - "Telah ijmak (sepakat) seluruh muslimin bahawa sesiapa yang tegak di atas sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam tidak dihalalkan baginya meninggalkan lantaran (terpengaruh) kata-kata seseorang". - "Sesiapa yang bertaqlid pada sesuatu dalam pengharaman sesuatu atau penghalalannya sedangkan telah nyata hadis sahih yang bertentangan dengannya dan menegah dari betaqlid kerana telah diperintahkan (diwajibkan) beramal dengan sunnah, maka dia telah mengambil orang yang ditaqlidkan sebagai tuhan selain Allah Ta'ala". [3] - "Tidak dibolehkan bagi seseorang selain Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam untuk berkata (tentang agama) kecuali dengan berdalil, tidak boleh berkata walaupun dengan suatu yang istihsan (dianggap baik), kerana sesungguhnya mendakwa dengan menyangka sesuatu ciptaan itu baik adalah sesuatu yang sengaja diada-adakan (bid'ah) yang tidak ada contoh sebelumnya". [4] "Sesiapa yang beristihsan (menganggap baik sesuatu yang diada-adakan setelah sempurnanya syarak) maka dia telah mencipta syarak dan sesiapa yang mencipta syarak maka dia telah kafir". SUNNAH LAWANNYA BID'AH ---------------------- Pencinta bid'ah (مُبْتَدِعٌ)  atau sesiapa pun yang gemar mengerjakan bid'ah, maka ia tidak boleh dinamakan sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah.  Kerana "sunnah" lawannya "bid'ah". "Maka Ahli Sunnah ialah mereka yang menyelamatkan diri mereka (dari melakukan) bid'ah, mereka adalah orang-orang yang benar-benar bepegang teguh dengan apa yang telah dilaksanakan (dicontohkan) oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda terutama dalam keseluruhan perkara-perkara pokok (yang paling penting)". [5] ASWJ yang bermanhaj Salaf as-Soleh sentiasa berpegang teguh kepada al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah seperti yang diwasiatkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya". [6] Sebenarnya punca utama lahirnya gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah lantaran munculnya golongan  Ahli Ahwa [7] ( اهل لاهواء ) yang dikenali juga sebagai Ahli bid'ah (مبتدع).  Menurut ahli ilmu, sunnah lawannya bid'ah dan jamaah pula lawannya firqah (perpecahan). Penentangan ASWJ terhadap Ahli Bid'ah bermula sejak kelahiran Ahli Bid'ah tersebut dan tidak pernah berkesudahan sehinggalah ke hari ini.  Ahli bid'ah adalah ahli firaq (golongan yang berpecah atau hizbi), ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana yang dapat difahami melalui sabda baginda: "Sesungguhnya Ahli Kitab berpecah dalam agama mereka kepada 72 millah.  Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 millah semuanya ke neraka kecuali yang satu iaitu al-Jamaah. [8] "Dari Abdullah bin 'Amr:  Berpecah umatku kepada 73 perpecahan semuanya ke neraka kecuali millah yang satu,  iaitu sesiapa yang sepertiku dan para sahabatku". [9] "Tidak akan lurus (betul) perkataan dan amalan kecuali setelah perkataan dan amal tersebut menepati as-Sunnah". [10] "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah".  (Al-Ahzab, 33:21) Ahli Sunnah adalah "Pembela Sunnah" bukan "Pejuang Bid'ah" ------------------------- [1]   Lihat:  الاعتصام  Jld. 2.  Hlm.  346.  asy-Syatibi. [2]   Lihat:  اعلام الموقعين (17).  Ibn Qaiyim al-Jauzi. [3]   Lihat:  هل المسلم ملزم باتباع مذهب معين من المذاهب...