Hukum Anjing Menurut Syarak (2/7)

1,860
by admin, 10 years ago
93 27
Tidak terdapat nas (dalil) dari al-Quran atau dari hadith sahih yang telah menetapkan bahawa anjing itu hukumnya najis. Apa yang terdapat di dalam hadith-hadith yang sahih hanyalah keterangan cara-cara bagaimana mencuci bejana (tempat menyimpan air minuman) yang telah diminum airnya oleh anjing atau yang telah digunakan oleh anjing. Dalam semua hadith yang dikaitkan dengan anjing, dengan air dan dengan bejana, maka tidak terdapat di dalam kesemua hadith-hadith tersebut kalimah najis, rijsun, tanda-tanda atau isyarat yang menunjukkan bahawa anjing serta apa sahaja yang disentuh oleh anjing itu najis atau menjadi najis sehingga wajib disertu.engan memahami maksud hadith-hadith sahih yang berkaitan dengan anjing sebagaimana yang tercatit di bawah ini, persoalan (hukum) anjing menurut hukum syara dapat diselesaikan dan dipastikan: "Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam : Basuhlah bejana (atau tempayan) seseorang antara kamu apabila (airnya) diminum anjing (sebanyak) tujuh kali, dimulakan (pembasuhan itu) dengan tanah ". H/R Muslim. "Dari Abu Hurairah berkata : Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi . wa-sallam bersabda : Bila anjing minum pada bejana seseorang kamu, hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali". H/R al Bukhari dan Muslim. "Apabila anjing meminum dari bejana salah seorang kamu, hendaklah ia curah (buang) air itu, kemudian hendaklah ia cuci bejana itu tujuh kali". H/R Muslim. "Apabila air di dalam bejana diminum anjing maka hendaklah dibasuh tujuh kali dan sempurnakanlah yang kelapan dengan tanah". (H/R Muslim, at Turmizi, an Nasaii, Ibn Majah dan Ahmad.)