Hukum Anjing Menurut Syarak (5/7)

1,957
by admin, 10 years ago
100 19
TIADA KALIMAH NAJISNYA ANJING DALAM HADITH SAHIH Tidak terdapat walaupun sebuah hadith sahih yang menyebut, menerangkan atau menetapkan bahawa anjing itu najis. Sama ada air liurnya, bulunya, sesuatu dari tubuhnya atau keseluruhan tubuh anjing tersebut. Malah anjing telah digunakan oleh beberapa orang sahabat untuk menjaga kambing, ladang, harta benda atau digunakan untuk memburu binatang yang halal dimakan. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah melarang para sahabat yang memelihara atau menggunakan anjing untuk sesuatu tujuan. Keterangan ini dapat difahami melalui hadith-hadith baginda di bawah ini: "Telah berkata Ibnul Mughaffal : Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan agar dibunuh anjing-anjing, kemudian beliau bersabda: Apa sebab mereka itu suka kepada anjing! Kemudian Rasulullah membolehkan memelihara anjing untuk memburu dan untuk menjaga kambing". (H/R Muslim, at Turmizi, an Nasai, Ibn Majah dan Ahmad.) Anjing selain digunakan untuk memburu dan menjaga keselamatan harta benda sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith sahih di atas, haiwan ini juga banyak kegunaanya kerana terbukti dapat digunakan untuk menyelamat, mengesan mangsa yang hilang di hutan dan dapat mengesan serta mengenal sesuatu benda dengan kekuatan hiduannya. Agama Islam tidak akan menajiskan sesuatu binatang jika ia tidak pemah dinajiskan oleh Allah dan RasulNya termasuklah anjing yang mana dewasa ini banyak membantu manusia malah di saat-saat tertentu anjing sangat diperlukan oleh manusia. ahli sunnah wal jamaah aswj bermanhaj salaf