Pakaian Muslimah (1/6) Kewajipan Berhijab

1,570
by admin, 10 years ago
135 53
AL HIJAB ‎(اَلْحِجَابُ) Setiap muslim dan muslimah wajib mengetahui cara-cara berpakaian dan batas-batasnya menurut hukum syara. Terutama bagi para wanita muslimah yang terdesak untuk keluar rumah kerana menunaikan sesuatu kewajipan, memenuhi keperluan harian, penting atau diketika terpaksa berurasan dengan lelaki bukan mahramnya. Penjagaan marawah atau penentuan cara berpakaian semasa saling berinteraksi antara lelaki dan perempuan yang bukan bermahram telah ditentukan oleh syara. Ia diistilahkan sebagai pakaian "hijab" atau "berhijab". Aapabila memperkatakan pekaian wanita muslimah, ada tiga istilah perlu disentuh iaitu: Jilbab (جِلْبَابٌ), khimar (خـِمَارٌ) dan burdah (بُرْدَةٌ). PENGERTIAN HIJAB (اَلْحِجَابُ) Hijab (حِجَابٌ) jamaknya ialah hujub (حُجُبٌ) yang bermaksud: (1). "Tirai (tabir), pemisah atau apa sahaja yang boleh memisah dan mengasingkan dari bercampurnya antara dua benda atau perkara. (2). "Dinding atau perlindungan dari sesuatu yang buruk, kain penutup dan cadar". Hijab adalah kalimah Arab, terdapat di dalam firman Allah, al-Hadith, prosa, puisi atau syair-syair jahiliah. Firman Allah:: وَاِذَا سَاَلْتُمُوْهُنَّ مَتَاعًا فَسْاَلُوْهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ. "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) dari mereka (wanita-wanita), maka mintalah dari belakang tabir (hijab)". QS: Al-Ahzab, 33 :53. حَدِيثُ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : اِسْتَأْذَنَ عُمَرُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ نِسَاءٌ مِنْ قُرَيْشٍ يُكَلِّمْنَهُ وَيَسْتَكْثِرْنَهُ عَالِيَةً أَصْوَاتُهُنَّ فَلَمَّا اسْتَأْذَنَ عُمَرُ قُمْنَ يَبْتَدِرْنَ الْحِجَابَ. "Diriwayatkan daripada Saad radiallahu 'anhu katanya: Umar meminta kebenaran daripada Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam untuk menemui baginda salallahu 'alaihi wa-sallam. Pada ketika itu, beberapa orang wanita Quraisy sedang berbincang dengan Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam dengan suara yang tinggi. Apabila mendengar suara Umar meminta izin wanita-wanita itu berlari menuju ke balik tabir (berhijab)". H/R Bukhari.