Pakaian Muslimah (2/6) Pengertian Mahram

1,997
by admin, 10 years ago
132 38
حَدِيثُ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : اِسْتَأْذَنَ عُمَرُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ نِسَاءٌ مِنْ قُرَيْشٍ يُكَلِّمْنَهُ وَيَسْتَكْثِرْنَهُ عَالِيَةً أَصْوَاتُهُنَّ فَلَمَّا اسْتَأْذَنَ عُمَرُ قُمْنَ يَبْتَدِرْنَ الْحِجَابَ. "Diriwayatkan daripada Saad radiallahu 'anhu katanya: Umar meminta kebenaran daripada Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam untuk menemui baginda salallahu 'alaihi wa-sallam. Pada ketika itu, beberapa orang wanita Quraisy sedang berbincang dengan Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam dengan suara yang tinggi. Apabila mendengar suara Umar meminta izin wanita-wanita itu berlari menuju ke balik tabir (berhijab)". H/R Bukhari. Hijab menurut syara: "Mengasingkan (membatasi) wanita dari bercampur gaul dengan lelaki ajnabi dan melindungi wanita dari pandangan dan ganguan lelaki yang bukan mahramnya". Menurut sebahagian ulama, wanita adalah aurat yang perlu dilindungi dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya. Sebagaimana hadis Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam: اَلْمَرْاَةُ عَوْرَةٌ فَاِذَا خَرَجَتْ اِسْتَسْرَفَهَا الشَّيْطَانُ. "Wanita itu aurat, apabila ia keluar (rumah) akan dilalaikan oleh syatian". H/R Turmizi, 1093. (كتاب الرضاع). Hijab selain bermaksud pengasing antara dua jantina, ia juga bermaksud pakaian yang menutup seluruh tubuh wanita kecuali muka dan tapak tangan. Hukum berhijab telah diamalikan oleh semua para isteri Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam dan isteri para sahabat. Iaamalan para wanita solehah sejak ia diwajibkan. Ia juga telah dijelaskan melalui hadis sahih: حَدِيثُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : أَنَّ نِسَاءَ الْمُؤْمِنَاتِ كُنَّ يُصَلِّينَ الصُّبْحَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّىاللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَرْجِعْنَ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ لاَ يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ. متفق...