Pakaian Muslimah (3/6) Jangan Jadi Suami yang Dayus

1,652
by admin, 10 years ago
130 31
Pendedahan Aurat Adalah Perbuatan Jahiliah Sebelum turunnya ayat dan hadis-hadis tentang hijab, menutup aurat secara sempurna tidak berlaku dalam masyarakat Arab jahiliah. Menutup aurat amat bertentangan dengan budaya jahilah. Mereka amat berbangga menggayakan pakaian yang mendedahkan tubuh mereka agar menarik perhatian kaum lelaki. Al-Quran mengharamkan tabarruj kerana ia adalah perbuatan jahiliyah. Erti tabarruj iaitu pakaian yang mendedahkan aurat, dandanan (solekan) yang menggoda, fesyen menjolok mata dan tingkah laku yang keterlaluan. Al-Quran diturunkan sebagai peringatan kepada kaum wanita mukminah agar tidak bertabarruj. Firman Allah: وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلاُوْلَى. "Janganlah mereka bertabarruj (berhias/berdandan) secara dandanan jahiliah dahulu kala". QS: Al-Ahzab, 33 :33. Makksud tabarruj (تَبَرُّج) selain memberi erti "berdandan atau berhias sebagaimana cara dandanan (fesyen) dan gaya jahiliah", dijelaskan juga pada ayat: وَلاَ يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوْبِهِنَّ. "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa terlihat darinya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung mereka hingga (menutupi) dada mereka". QS: An-Nur, 24 :31. Dari ayat di atas dapat difahami, antara pengertian tabarruj ialah menampakkan perhiasan (aurat) yang wajib ditutup. Kerana pengertian kain tudung ialah kain yang menutup dari kepala sehingga kedada. Firman Allah seterusnya: وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّ. "Dan janganlah mereka menghentak kakinya (apabila berjalan) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan". QS: An-Nur, 24 :31. Menurut Muhammad bin Salim seorang ulama Syafieyah, maksud tabarruj ialah: (اِظْهَارُ الزِّيْنَةِ وَالْمَحَاسِنِ) "Mendedahkan Perhiasan dan kecantikan". (اَلتَبَخْتُرُ وَاْلاِخْتِيَالِ وَالتَّآوُدِ فِى الْمَشِى) "Bergaya, bermegah, menggoyangkan punggung dan mengada-ngada (dibuat-buat suatu cara) apabila berjalan". (Lihat: Muhammad bin Salim bin Hafiz al-Alawi al-Husaini al-Hadrami. Lihat At Tadkiratul Hadramiyah. "Penafsiran ayat di atas".)