Pakaian Muslimah (4/6) Peliharalah Anak Isteri Antum

1,905
by admin, 11 years ago
119 38
Pengertian Zinah (perhiasan) Zinah (perhiasan) secara umum yang disebut di dalam al-Quran dan bahasa Arab diertikan kepada beberapa maksud: اَلزِّيْنَةُ : اِسْمٌ لِكُلِّ مَا يَتَزَيَّنُ بِهِ وَيَتَجَمَّلُ "Zinah (perhiasan): Ialah nama bagi setiap apa yang boleh berhias dengannya dan melawa". Lihat: زينة المرأة بين التشريع الاسلامي والواقع الانسانى Dr. Abdulhai al-Farmawi. Maktabah al-Azhar. Mesir. Antara ayat-ayat al-Quran yang memperkatakan tentang zinah (perhiasan) ialah: اِنَّا زَيَّنَّا السَّمَآءَ الدُّنْيَا بِزِيْنَةِ الْكَوَاكِبِ "Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan iaitu bintang-bintang". QS: As-Saffat, 37 :6. اِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الاَرْضِ زِيْنَةً لَهَا "Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya". QS: Al-Kahfi, 18 :7 اَلْمَالُ وَالْبَنُوْنَ زِيْنَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا "Harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia". QS: Al-Kahfi, 18 :46. يَابَنِيْ آدَمَ خُذُوْ زِيْنَتَكُمْ عِنْدَ كُلَّ مَسْجِدٍ "Wahai anak Adam! Ambillah (pakailah) perhiasan kamu semasa kamu ke masjid". QS: Al-Araf, 7 :31. Ayat Hijab Mendidik Muslimah Cara Berpakaian Sebelum turunnya ayat-ayat hijab, para muslimah kurang memberi perhatian terhadap persoalan hijab (pakaian yang menutupi aurat) sehinggalah turunnya ayat teguran, suruhan dan amaran dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala agar menutup aurat. Seseorang yang mengaku beriman, wajib mentaati perintah Allah yang termaktub dalam al-Quran dan hadis agar menutup aurat, kerana berhijab bukan budaya atau fesyen, tetapi perintah dari langit Melaksanakan perintah berhijab bukanlah bertujuan untuk mempertahankan atau menghidupkan sosio-budaya atau adat tradisi satu-satu bangsa, suatu kaum atau doktrin dari orang-orang tertentu, berhijab (menutup aurat) adalah suruhan Allah Subhanahu wa-Ta'ala, melaksanannya adalah untuk mentaati hukum-ahkam syar sebagai manhaj Ilahi yang bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia agar memperolehi keselamatan, kesempurnaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Sebagaimana firman Allah: ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِّنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلِمُوْنَ. "Kemudian Kami telah menciptakan engkau atas satu syariat (peraturan) dari urusan (agama), maka ikutilah (taatilah) syariat itu dan janganlah kamu ikuti (tiru) hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui". QS: Al-Jasiyah, 45 :18. Suruhan berhijab adalah...