Pakaian Muslimah (5/6) Jangan Berdua-duaan (Khalwat)

1,328
by admin, 10 years ago
101 27
اَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِاِمْرَاَةٍ لاَتَخِلُّ لَهُ فَاِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ. "Ingatlah, janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan seorang wanita. Tiada yang bersama mereka kecuali syaitan yang ketiga". H/R Bukhari. وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَخْلُوَنَّ بِاِمْرَاَةٍ لَيْسَ مَعَهَا مَحْرَمٍ فَاِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ. رواه احمد "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah sekali-kali berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak ditemani oleh mahramnya, kerana yang ketiga bersama mereka ialah syaitan". H/R Ahmad. لاَ يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ اِلاَّ وَمَعَهَا مَحْرَمٌ. "Seorang lelaki tidak boleh masuk (menemui) seseorang perempuan kecuali ditemani oleh mahram(nya)". No, 1729. Kitab al-Haj. Persoalan dan hukum hijab amat mudah difahami oleh orang-orang beriman setelah mereka itu membaca dan menghayati kesemua ayat-ayat dan hujah-hujah yang berkaitan dengan hukum yang memperkatakan hijab. Setiap muslimah wajib mengimani, menjiwai, mengimplementasi dan akur kepada semua dalil-dalil dan hujah-hujah yang berupa suruhan berhijab dari Ilahi ini, kerana ia hanya terdapat dalam syariat Islamiyah (al-Quran dan al-Hadis) jika mereka benar-benar mahu menjadi hamba Allah yang solehah dan sebagai pembuktian (kebenaran) imanannya kepada al-Kitab. Perintah berhijab dari Allah yang dapat difahami di dalam firmanNya: َاِذَا سَاَلْتُمُوْهُنَّ مَتَاعًا فَسْئَلُوْهُنَّ مِنِ وَرَآءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ اطْهَرُ لِقُلُوْبِكُمْ وَقُلُوْبِهِنَّ. "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka, maka mintalah dari belakang tabir. Cara demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka". QS: AL AHZAB, 33 :53. Ayat di atas merupakan perintah dari Allah agar dihijab pergaulan antara lelaki dan wanita, di samping itu menunjuk ajar orang-orang yang beriman lelaki atau wanita bagaimana cara-cara perlaksanaan hijab. Antara cara hijab yang diterangkan oleh ayat di atas ialah larangan dari saling berpandangan, sehingga tidak perlu bersua muka apabila ada keperluan atau urusan antara lelaki dan wanita kecuali dalam keadaan terpaksa atau terdesak. Suruhan berhijab telah diperkuat oleh ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis sahih. Maka mentaati setiap suruhan dan hukum-ahkam yang didatangkan dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala adalah wajib tanpa ada perselisihan pendapat. Walaupun ayat di atas diturunkan kepada para isteri Nabi Muhammad salallahu'alaihiwa-sallam, tetapi hukum yang terkandung di dalamnya berbentuk umum, ia melibatkan semua wanita-wanita yang beriman. Adapun antara sebab diturunkan ayat di atas kepada isteri-isteri Nabi salallahu'alaihiwa-sallam...