Pakaian Muslimah (6/6) Antara Punca Sumbang Mahram

1,800
by admin, 11 years ago
138 26
Dalil-Dalil Kewajipan Berhijab Menurut hukum syarak, berhijab adalah wajib apabila seorang lelaki dan wanita yang bukan mahramnya terpaksa berinteraksi walaupun si lelaki tersebut berkeadaan buta atau salah seorang dari kedua manusia yang berlainan jantinanya ini tidak dapat melihat. Hijab bukan sahaja pada pandangan, tetapi meliputi semua keadaan. "Sesungguhnya Umm Makktum apabila masuk menemui Nabi salallahu 'alaih iwa-sallam bersamanya Umm Maslamah dan Maimunah, peristiwa itu setelah disuruh para wanita berhijab, maka di ketika itu Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Berhijablah kamu berdua". H/R at-Turmizi. Walaupun Ummu Maslamah dan Maimunah bersama mahramnya iaitu Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam, tetapi apabila datang seorang lelaki ajnabi maka mereka masih disuruh oleh Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam supaya berhijab, iaitu hijab pengasingan (wanita diasingkan dari lelaki di tempat yang terhijab) dan hijab mata (jangan melihat lelaki tersebut). "Katakanlah kepada lelaki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka (dari melihat wanita yang diharamkan dari melihatnya) dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali pakaian yang luar" AN NUR, 24:30-31. Berkata Ibn Hazam: "Telah sepakat (ulamak) tentang wajibnya memalingkan pandangan selain wanita yang diharamkan nikah seperti isteri atau hamba sahya, kecuali bagi sesiapa yang ingin bernikah dengan seseorang wanita maka dihalalkan baginya melihat wanita tersebut". Lihat: مراتب الاجماع Hlm. 182. Ibn Hazam. Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda : Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah mencatat bahawa anak Adam cenderung terhadap perbuatan zina. Keinginan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, di mana dia akan melakukan zina mata dalam bentuk pandangan, zina mulut dalam bentuk pertuturan, zina perasaan iaitu bercita-cita dan berkeinginan mendapatkannya manakala kemaluanlah yang menentukannya berlaku atau tidak". H/R Bukhari. "Seorang lelaki buta telah datang kepada Aisyah, maka beliau berhijab (mengasingkan diri/melarikan dirinya supaya tidak melihatnya), maka dia ditanya : Mengapa engkau berhijab darinya sedangkan dia tidak dapat melihat engkau? Beliau menjawab : tetapi aku boleh melihatnya". H/R Malik. "Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu". Mutaffaq 'alaihi. "Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Nabi salallahu'alaihiwa-sallam baginda bersabda: Sesiapa yang menjenguk-jenguk ke dalam rumah sesuatu kaum tanpa mendapat izin mereka, maka dihalalkan bagi mereka untuk mencungkil matanya". H/R Bukhari, Muslim, Nasaii Abu Daud dan Ahmad. Hadis di atas ini juga benar-benar menunjukkan wajibnya berhijab walaupun dengan lelaki yang sudah tidak ada kena-mengena (tiada lagi pertalian yang halal) dengannya seperti lelaki yang pernah menjadi suaminya. Kejadian tersebut boleh difahami melalui hadis di bawah ini: "Kisah kejadian Fatimah binti Qais di mana setelah dia diceraikan oleh suaminya, Rasulullah salallahu'alaihiwa-sallam menyuruhnya supaya menetap di rumah Umm Syarik al Ansari". H/R Muslim. "Hijab adalah perintah yang telah diwajibkan oleh Allah dan RasulNya. Amalan berhijab tidak pernah ditinggalkan oleh semua para isteri Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam, isteri para sahabat dan para Muslimah di zaman Salaf". Berkata 'Eyiad: "Berhijab telah difardukan ke atas setiap wanita tanpa khilaf. Iaitu (termasuk) muka dan dua tapak tangan, tidak boleh bagi mereka mendedahkannya walaupun utuk menjadi saksi atau selainnya".. (باب خروج النساء الى البراز) عمدة القارى, jld. 2, hlm. 283. Walau bagaimanapun Islam menghalalkan melihat (saling melihat) antara lelaki dan wanita semasa meminang (pertunangan) yang ditemani oleh mahram si wanita.