"Dari Aisyah ia berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Apabila salah seorang antara kamu duduk di antara empat anggota perempuan kemudian benda yang dikhatan (kemaluan lelaki) bertemu benda yang dikhatan (kemaluan perempuan), maka telah diwajibkan mandi (junub)". (H/R Ahmad dan Muslim)
"Apabila benda yang dikhatan (kemaluan lelaki) telah masuk ke dalam benda yang dikhatan (kemaluan perempuan) maka telah diwajibkan mandi". (H/R Tirmizi dan disahihkan olehnya)
"Dari Ubai bin Ka'ab ia berkata: Sesungguhnya anak-anak muda itu pernah berkata: Air (mandi junub) itu kerana air (kerana keluar air mani), adalah keringanan (tidak wajib mandi) dari Nabi sallallahu alaihi wa-sallam diberikan pada permulaan Islam, kemudian ia memerintahkan kami agar mandi (junub) sesudah itu". (H/R Ahmad dan Abu Daud)
http://www.scribd.com/doc/4651444