Panduan Mandi Wajib / Junub Ikut Sunnah (2/13)

1,551
by admin, 10 years ago
95 12
http://www.scribd.com/doc/4651444 "Dari Khaulah binti Hakim bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi sallallahu alaihi wa-sallam tentang perempuan yang bermimpi seperti mimpinya lelaki lain Nabi sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: I a tidak wajib mandi sehingga mengeluarkan air mani seperti halnya lelaki tidak wajib mandi sehingga ia mengeluarkan air mani". (H/R Ahmad) "Dan Nasai meriwayatkan dengan ringkas yang lafaznya: Bahawasanya dia (Khaulah) bertanya kepada Nabi sallallahu alaihi wa-sallam tentang perempuan yang bermimpi mengeluarkan air mani dalam tidurnya lalu Nabi sallallahu alaihi wa-sallam menjawab: Kalau ia melihat air mani maka hendaklah ia mandi". (H/R Nasai) Dari hadis-hadis sahih di atas, menunjukkan bahawa wanita juga terkadang bermimpi kerana wanita adalah saudara kandung lelaki. Maka sebagaimana kaum lelaki juga bermimpi maka kaum wanita demikian pula. (Lihat: Fatwa-fatwa Muslimah, Hlm 141 Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh. Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa'diy. Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Baz. Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin. Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan) Dan jika ia (seseorang wanita) tidak menemui tanda/bekas/basah/sisa-sisa air setelah bangun tidur maka ia tidak diwajibkan untuk mandi junub. Adapun jika ia mendapati bekas/tanda air maka ia wajib mandi kerana Ummu Sulaim berkata: Wahai Rasulullah. apakah seorang wanita wajib mandi jika ia bermimpi (keluar air). Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam menjawab: Ya. kalau ia melihat (mendapati basah) bekas air! Jika wanita mendapati ada bekas air maka ia diwajibkan mandi junub. (Lihat: Fatwa-fatwa Muslimah) Jika seseorang perempuan sering mengeluarkan cecair tanpa disebabkan oleh suatu rangsangan (nafsu syahwat/nikmat) maka sama sekali tidak diwajibkan mandi. Mandi hanya diwajibkan apabila melakukan persetubuhan. bermimpi, keluar air diiringi syahwat (seperti mimpi berjimak dengan seorang lelaki lalu ketika bangun terdapat bekas air maka diwajibkan baginya mandi junub). (Lihat: Fatwa-fatwa Muslimah)