Panduan Mandi Wajib / Junub Ikut Sunnah (8/13)

7,236
by admin, 10 years ago
117 29
Dari Rafi' bin Khadej ia berkata: Aku pernah dipanggil oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam pada hal aku sedang di atas perut isteriku. Lulu aku bangun dan aku belum mengeluarkan air mani kemudian aku mandi lalu keluar kemudian aku mengkhabarkan kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Kamu tidak wajib mandi kerana mandi itu lantaran keluarnya air mani. Rafi' berkata: Kemudian Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam sesudah itu memerintahkan agar kami mandi". (H/R Ahmad) Seorang suami yang menyetubuhi beberapa orang isterinya pada satu malam maka hanya diwajibkan sekali mandi sahaja. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam. "Dari Anas radiallahu anhu bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam pernah menggiliri (menyetubuhi) isteri-isterinya dengan sekali mandi". (H/R Riwayat al-Jamaah kecuali Bukhari) http://www.scribd.com/doc/4651444