Panduan Mandi Wajib / Junub Ikut Sunnah (9/13)

1,190
by admin, 10 years ago
129 43
"Sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam pernah menggiliri isteri-isterinya pada satu malam dengan sekali mandi". (H/R Ahmad dan Nasai) "Dari Abi Rafi' maula Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam pernah menggiliri isteri-isterinya dalam satu malam lalu ia mandi untuk setiap seorang dari mereka lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau engkau mandi sekali sahaja? Lalu ia menjawab: Begini adalah lebih suci dan lebih bersih. (H/R Ahmad dan Abu Daud) Syarih berkata: Hadis ini menunjukkan, tidak wajib mandi bagi suami yang bermaksud mengulangi jimaknya (Lihat: Nailul Authar. 1/199) (ingin mengulangi persetubuhannya). Begitu juga isteri yang ingin diulangi (disetubuhi lagi) oleh suaminya maka isteri tidak diwajibkan mandi terlebih dahulu. http://www.scribd.com/doc/4651444