Panduan Mandi Wajib / Junub Ikut Sunnah (10/13)

1,312
by admin, 10 years ago
116 26
KETIGA: Wajib Mandi Setelah Bersih Dari Haid Atau Nifas Para wanita yang sudah bersih (kering) dari haid dan nifas maka diwajibkan mandi hadas (mandi junub) sebagaimana keterangan dari hadis-hadis sahih yang berikut: Dari Aisyah bahawa Fatimah binti Abi Jahsy sedang istihadhah lalu aku bertanya kepada Nabi sallallahu alaihi wa-sallam. Kemudian baginda menjawab: Itu hanya sebahagian dari peluh, bukan haid. Maka apabila engkau sedang haid, tinggalkanlah solat dan kalau telah selesai maka mandilah dan bersolatlah". (H/R Bukhari) Tinggalkanlah shalat sekadar hari-hari yang engkau biasa haid padanya, dan (jika telah selesai haidmu) mandilah, dan shalatlah. (HR. Bukhari nomor 325) http://www.scribd.com/doc/4651444