Panduan Mandi Wajib / Junub Ikut Sunnah (11/13)

2,010
by admin, 10 years ago
105 20
TATACARA MANDI JUNUB RASULULLAH Adapun hadis-hadis tentang wajibnya mandi junub (mandi hadas) antaranya ialah: "Dari Maimunah radiallahu 'anha ia berkata: Aku pernah menuangkan air untuk Nabi sallallahu alaihi wa-sallam untuk mandi junub. Maka baginda memulakan dengan mencuci kedua tangannya dua kali atau tiga kali, kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya lalu ia mencuci farajnya (kemaluannya) dan bahagian yang kena kotoran, setelah itu ia mengusapkan tangannya yang kiri ke tanah dua kali atau tiga kali lalu ia mencucinya. Kemudian baginda berkumur-kumur sambil menghisap (menyedut) air ke hidung lalu menghembuskannya kemudian ia mencuci mukanya dan kedua tangannya lalu ia mencuci kepalanya tiga kali, setelah itu barulah baginda menuangkan air keseluruhan tubuhnya. Setelah selesai baginda pindah dari tempatnya lulu baginda mencuci kedua kakinya" (H/R Bukhari Kitabul Ghusul, Muslim l/l75. Abu Daud. No 245 Tirmizi, Nasa'i, lbnu Majah dan Ahmad) 1).Syarih berkata (ucapan): "Kemudian ia membasuh kedua kakinya", ini menunjukkan bahawa wuduk yang dilakukan oleh Nabi sallallahu alaihi wa-sallam semasa memulakan mandi junub tanpa membasuh kedua kakinya. 2).Jumhur ulama berpendapat: Sunnah mengakhirkan membasuh kedua kaki ketika berwuduk dalam mandi junub iaitu membasuh setelah selesai mandi junub. 3).Imam Malik berpendapat: Apabila tempat mandi junub itu tidak bersih maka mengakhirkan membasuh kedua kaki itu adalah sunnah. Tetapi apabila tempat itu bersih maka mencuci dua kaki itu hendaklah didahulukan. 4).Imam an-Nawawi berkata. Yang lebih benar dan lebih masyhur serta terpilih dari pendapat tersebut ialah menyempurnakan wuduknya http://www.scribd.com/doc/4651444