Panduan Mandi Wajib / Junub Ikut Sunnah (12/13)

1,218
by admin, 11 years ago
110 27
"Dari Aisyah radhiallahu 'anha, bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam apabila mandi junub baginda memulakan mencuci kedua tangannya kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya lalu ia mencuci kemaluannya. Kemudian baginda berwuduk sebagaimana wuduknya untuk bersolat. Lalu baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air, lantas ia sela-sela pangkal-pangkal rambutnya dengan jari-jarinya itu, setelah ia merasakan telah basah rambutnya, ia tuangkan air ke atas kepalanya tiga kali cedukan dengan kedua tangannya kemudian ia alirkan air ke seluruh tubuhnya". (H/R Bukhari. 1/68. Muslim. 1/174. Abu Daud. 242. Ibn Majah 574) "Dari Jabir radhiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengambil air tiga kali cedukan dan baginda tuangkan ke atas kepalanya, kemudian baginda menuangkan air ke seluruh tubuhnya. (H/R Bukhari. 1/69. Kitab al-Ghusul) "Dari Aisyah radiallahu 'unha ia berkata: Adalah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam apabila mandi junub, baginda meminta air dengan satu bejana besar lalu ia ambil air itu dengan tangannya, kemudian memulai pada bahagian kepala sebelah kanan, kemudian yang kiri, kemudian ia mengambil air dengan kedua telapak tangannya lalu ia tuangkan di atas kepalanya". (H/R Bukhari dan Muslim) "Di riwayat yang lain: Kemudian baginda menyela-nyela rambutnya dengan kedua tangannya sehingga apabila ia merasa telah basah seluruh kulit kepalanya, ia tuangkan air di atasnya tiga kali. (H/R Bukhari dan Muslim) Dari Jubair bin Muth'am ia berkata: Kami pernah berbincang-bincang tentang mandi junub di hadapan Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam lalu baginda bersabda: Adapun aku, cukup mengambil air sepenuh dua tapak tanganku lalu aku tuangkan di atas kepalaku, kemudian aku menyiram bakinya atas seluruh tubuhku". (H/R Ahmad) "Dari Jubair radiallahu 'anhu berkata: Adapun aku, menuangkan air ke atas kepalaku tiga kali (beliau memberi isyarat dengan kedua tangannya). (H/R Bukhhari. 1/69) Kemudian aku menyiram ke atas seluruh tubuhku". (H/R Ahmad) http://www.scribd.com/doc/4651444