Hari Raya di Kubur 1/4 (Fatwa Ulama Mazhab Syafie)

1,691
by admin, 10 years ago
110 26
Bagaimanakah hukumnya orang yang berhari raya di kubur atau mengkhususkan hari raya pertama atau kedua atau ketiga untuk pergi ke kubur sehingga di hari-hari perayaan tersebut kuburan orang-orang Islam dipenuhi oleh para penziarah kubur? JAWAPAN: Mengkhususkan sesuatu waktu, hari atau musim tertentu untuk berziarah atau berkumpul beramai-ramai di kubur seperti pada hari raya pertama, kedua atau ketiga, sehingga berhari raya di kubur atau membaca al-Quran dan duduk berdoa di kubur serta makan dan minum di kubur, maka perbuatan ini adalah bertentangan dengan sunnah. Amalan seperti ini tidak pernah disuruh atau dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam, tidak berlaku dizaman para sahabat, para tabiin dan para salaf as-soleh. Nabi melarang umat menjadikan kuburan untuk berhari raya walaupun di kubur baginda: عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاًَتَتَّخِذُوْا قَبْرِيْ عِيْدًا. Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Janganlah kamu jadikan kuburku tempat berhari raya. Hadis sahih riwayat Ahmad 2/367. Abu Daud (2042). Jika ditegah berhari raya di kubur Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, tentunya di kubur-kubur yang lain lebih utama lagi larangannya. Namun, pada setiap tahun terutamanya dihari raya Idil Fitri terlalu ramai penziarah kubur berhari raya di kubur dengan membawa keluarganya, makanan atau minuman, berpakaian indah, bersedekah, makan bermai-ramai dan membahagi-bahagikan makanan di kuburan sedangkan perbuatan ini telah ditegah oleh Imam as-Syafie rahimahullah, yang mana beliau pernah berwasiat sebagaimana yang tercatit di dalam kitab (اعانة الطالبين) Juz. 2. Hlm. 146: وَيَكْرَهُ. نَقْلُ الْطَّعَام اِلَى الْقُبُوْرِ. Dibenci membawa makanan ke kubur. Imam as-Syafie rahimahullah juga menegah dari mengulangi ratapan, sebagaimana yang berlaku di kuburan disetiap hari raya apabila pelawat kubur melihat ramai yang menangis maka yang lain akan terikut-ikut meratapi kematian dan menimbulkan (mengulangi) kesedihan baru. Imam Syafie menegaskan: وَاَكْرَهُ الْمَاْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَاِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ فَاِنَّ ذَلِكَ يُجَدِّدُ الْحُزُنَ. Aku memakruhkan maktam, iaitu berkumpul-kumpul untuk si Mati walaupun di situ tidak ada tangisan, kerana maktam akan menimbulkan (memperbaharui) kesedihan yang baru. (Lihat: Al-Umm, juz, 1 hlm. 248.) Jika berkumpul bukan untuk tangisan dilarang, maka bagaimana kalau sudah pasti akan berlaku tangisan semasa berkumpul di kuburan dihari lebaran tentunya perkara ini haram hukumnya. Malah yang paling ketara haramnya ialah berikhtilat (bergaul bebas) lelaki dengan perempuan yang bukan mahramnya dan melanggar kesopanan menziarahi kubur secara sunnah.